Assalammualaikum semua:)
Selamat petang and selamat berhujung minggu semuanyer:))
Hari ni nk share sikit kebaikan buah oren nie...
Haa...dulu..xde lgsg kesedaran nk makan buah2...suke makan buah..tapi x mengamalkannye setiap hari...
Nak tawu x...buah oren nie mempunyai kaitan dengan kesihatan jantung, penglihatan dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Buah oren ni jugak berfungsi sebagai antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.
Oren kaya dengan vitamin dan mineral, antaranya:
1. Vitamin C
Vitamin C berperanan dalam pembentukan kolagen (komponen dasar
pembentukan jaringan saraf dalam tubuh). Pembentukan kolagen yang baik
sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh
darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
Vitamin C juga berperanan menyerap zat besi bukan organik (zat yang
bukan berasal dari haiwan) yang membantu mencegah anemia (kekurangan sel
darah merah). Ia terbukti mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas
yang mencetuskan pelbagai penyakit, juga mencegah pembentukan sel
kanser.
Selain itu, pengambilan vitamin C ini berupaya mencegah kenaikan LDL
(lemak jahat) yang merupakan faktor utama penyakit jantung. Ia juga
bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan
dapat mencantikkan kulit dengan memperkuatkan sel-sel kulit dan
mempercepatkan pembaikpulihan jaringan yang rosak.
2. Karbohidrat
Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa.
Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut,
pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Oleh yang demikian, ia sesuai
untuk sesiapa yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
3. Folat
Folat dapat menurunkan kadar
homocysteine, sejenis asid amino
yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Demikian, ia berupaya
menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.
Selain itu buah oren juga mengandungi potasium, kalsium, thiamin
(vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid
pantotenik (vitamin B5), vitamin B6 dan fosforus.
Tidak perlu banyak, sebiji oren bersaiz sederhana setiap hari adalah
mencukupi untuk keperluan tubuh badan anda. Jadi, apa tunggu lagi?
Makanlah oren hari ini untuk mendapatkan jantung yang baik, kulit yang
cantik dan badan yang sihat!
#hasilcopypastedariPSIPUM#
Sekarang baru ade kesedaran diri..makan buah itu sgt penting!!!
Peti ais pon da sarat ngn buah:)))
Hehehehehe...so...girls and boys...jom mkn oren!!!
::::Sharing is Caring::::